You are on page 1of 8

SISTEM BAHASA

• Salah satu komponen yang terdapat dalam


sukatan pelajaran bahasa Melayu sekolah
rendah.
• Terdapat lima aspek dalam sistem bahasa.
• Sistem ejaan
• Sebutan dan intonasi
• Tatabahasa
• Kosa kata
• Peribahasa
Sistem ejaan
• Penggunaan tanda baca yang betul
dapat mewakili intonasi dalam bacaan
dan penulisan.
• Antara perkara yang diberikan
penekanan ialah:
• Pola keselarasan huruf vokal
• Ejaan kata pinjaman
• Ejaan kata dasar dan kata terbitan

Sebutan dan intonasi
• Diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan
ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda.
• Ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan
mengikut pola seperti yang berikut:
• Ayat penyata
• Ayat tanya
• Ayat perintah
• Ayat seruan
• Ayat songsang
• Ayat aktif
• Ayat pasif
Tatabahasa
• Kandungan tatabahasa terdiri daripada
morfologi dan sintaksis.
• Morfologi – bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan golongan
kata.
• Struktur kata – susunan bentuk bunyi
ujaran atau lambang yang menjadi unit
bahasa yang bermakna.
• Bentuk kata – unit tatabahasa sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan.
• Golongan kata- proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi
dengan anggota yang lain dalam golongan
yang sama.
• Sintaksis- bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur dan binaan ayat.
Kosa kata
• Terdiri daripada kata umum dan kata
istilah.
• Penguasaan kosa kata perlu ditingkat
dan dikembangkan agar murid dapat
mengungkap maklumat dan buah
fikiran.
Peribahasa
• Rangkai kata yang mempunyai makna tertentu.
• Terdiri daripada:
• Simpulan bahasa
• Perumpamaan
• Pepatah
• Bidalan
• Perbilangan
• Kata hikmat

You might also like