You are on page 1of 5

DEFINISI

Biodiversiti atau kepelbagaian biologi adalah variasi pelbagai bentuk kehidupan


yang ada di bumi ini. Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan dari sekecil
kuman hingga ke hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan seperti ikan paus serta pokok-
pokok yang besar.Setakat ini hampir 1.4 juta spesies telah dikenal pasti, namun
para saintis menganggarkan jumlah spesies yang terdapat di dunia ini adalah lebih
dari 100 juta.
PERINGKAT-PERINGKAT

 Diversiti genetik
kepelbagaian dalam sesuatu spesies. Misalnya, kita boleh melihat perbezaan di antara
adik dan rakan-rakan adik. Ada antara rakan adik yang mempunyai rambut kerinting dan
ada pula yang rambut lurus, ada yang tinggi, ada yang rendah dan sebagainya. Ini semua
disebabkan oleh perbezaan dan kepelbagaian genetik.

Diversiti spesies
kepelbagaian organisma atau benda hidup di bumi ini. Misalnya gajah,harimau, pokok
durian, ikan kelisa, burung nuri dan sebagainya

Diversiti ekosistem
- kepelbagaian habitat seperti laut, hutan tanah tinggi, paya bakau dan sebagainya
KEPENTINGAN

 Pengekalan kitar hidrologi Hidupan semula jadi


berfungsi sebagai penyerapan air. Tumbuhan hijau
menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui
proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah
lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak
dan membebaskannya sedikit demi sedikit bila air
bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir.
 Modifikasi iklim Biodiversiti juga memberi khidmat
ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan
iklim. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya
matahari dan membebaskan wap. Ia akan
mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan
suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya
fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.
 Kawal hakisan tanah daun dan sampah hutan boleh menyerap
dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang
tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi “mengikat
tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan
terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan,
haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada
pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak,paya bakau
berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan
sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan
harta benda dan nyawa.
 Selenggara kitar oksigen dan nitrogen Tumbuhan
menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob
pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan
kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversity
juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti
unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu
kesuburan tanah
KESAN KEPUPUSAN
BIODEVERSITI

You might also like