You are on page 1of 20

MBE10103

Falsafah Pendidikan
KUMPULAN 8Dalam PTV

TAJUK PEMBENTANGAN:

“IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM


PERKEMBANGAN TVET”

NAMA NO. MATRIKS


FATIN NABILAH BINTI ISMAIL GB180033
MUHSINAH BINTI MAHATHIR GB170106
NABILAH HASANAH BINTI SHAARI GB180037
Sejarah perkembangan pendidikan di
Malaysia
• Sistem pendidikan penjajah telah digantikan dengan sistem pendidikan
kebangsaan.

• Sistem terdahulu tidak mengambil kira pembanggunan, pembentukkan identiti


kerajaan dan perpaduan negara.

• Kesedaran dikalangan pemimpin dan rakyat Malaysia timbul tentang kepentingan


pendidikan mengikut acuan.

• Sebuah Jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pendidikan


Kebangsaan untuk memperbaiki perlaksanaan untuk melahirkan masyarakat yang
memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih untuk pembanggunan negara.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
• Digubal daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada
ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan
dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara.
• Menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang
pendidikan di negara kita.
• Menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan
sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.gik.
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN DALAM TVET DI
MALAYSIA

1. Kurikulum
• Perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program
bersepadu.
• Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV yang mengutamakan nilai-nilai
murni diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV.
• Perubahan program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis
• Perubahan sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan
alam pekerjaan.
• Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar
dalam bidang vokasional dan teknologi
3. Guru TVET
• Perubahan pandangan dan visi yang positif demi merealisasikan matlamat
FPK.
• Perubahan teknik pengajaran yang bersesuaian demi melahirkan insan yg
berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia.
• Meningkatkan kecemerlangan diri selari dengan perubahan sistem
pendidikan.
2. Institusi Pendidikan
• Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat
peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi,
sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.
• Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai
murni dalam jiwa pelajar.
• Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar
yang cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam
kalangan mereka.
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN TVET DI
NEGARA MEMBANGUN
• Di kebanyakan negara membangun, TVET memainkan peranan penting dalam pembangunan negara

mampan (pembangunan sosial, ekonomi dan alam sekitar). TVET dikembangkan untuk memajukan

kemahiran diri dan bagi meningkatkan industri.

• Peranan TVET di negara membangun terbahagi kepada dua:

- Menyediakan peluang latihan dan kerjaya selepas seseorang pelajar selesai di peringkat sekolah.

- Menyediakan tenaga mahir yang diperlukan di semua peringkat ekonomi.

• TVET menyediakan latihan dan peluang kepada rakyatnya bagi memenuhi keperluan industri seperti di

negara:

 Filipina

 Thailand
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN
TVET DI FILIPINA
• Sistem pendidikan Teknik dan Vokasional di Filipina menyediakan pendidikan
dan peluang latihan yang menjuruskan kepada pekerjaan sebenar bagi
membantu pelajar mendapatkan tempat dalam industri. Memenuhi keperluan
latihan kemahiran dari industri dan bagi meningkatkan peluang pekerjaan
dan produktiviti negara.
• Sistem pendidikan TVET terdiri daripada pendidikan secara formal dan
pendidikan secara tidak formal yang ditadbir oleh Technical Education and
Skills Development Authority (TESDA).
• Golongan daripada lepasan sekolah tinggi, lepasan sekolah menengah,
pelajar kolej, graduan yang ingin mendapatkan kecekapan dan penganggur
yang aktif mencari pekerjaan berpotensi memasuki institusi TVET di Filipina.
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN TVET DI
FILIPINA
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN TVET DI
FILIPINA
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN
TVET DI NEGARA THAILAND
Di Thailand, TVET mempunyai kepentingan iaitu sebagai platform bagi menghasilkan tenaga kerja
dengan kemahiran yang diperlukan dalam sektor pekerjaan dan keusahawanan.

The Office of the Vocational Education Commisssion (OVEC) merupakan organisasi yang
bertanggungjawab untuk memperkembangkan polisi dan standard TVET. OVEC menghasilkan
tenaga kerja TVET yang diperlukan.

Antara peranan yang dimainkan oleh institusi TVET di Thailand adalah:


- Memperkembangkan kemahiran untuk tujuan kebolehkerjaan
- Membuka peluang keusahawanan yang baru dan galakan untuk bekerja sendiri.
- Memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dan komuniti tempatan.
- Menjalankan penyelidikan dan pengetahuan baru serta inovasi/ teknologi.
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN
TVET DI NEGARA THAILAND
Pendidikan TVET di Thailand yang ditawarkan berbentuk pendidikan formal dan
bukan formal yang terdiri dariada:
1. TVET di peringkat menegah atas.
2. Diploma dalam Pendidikan Vokasional
3. Pendidikan Teknikal di peringkat diploma atas.
4. Sarjana muda teknologi.
5. Kursus pendek latihan vokasional.

TVET di Thailand telah memberikan impak kepada negara iaitu:


6. Rakyat Thailand mendapat latihan kemahiran untuk kesediaan pekerjaan.
7. Pendidikan berterusan di dalam negara.
8. Peningkatan kualiti hidup rakyatnya
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN
TVET DI NEGARA MAJU
• Tumpuan pembangunan sesebuah negara pada masa kini adalah lebih ke arah
perindustrian dan pembuatan, maka adalah perlu bagi pendidikan teknik dan vokasional
menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring dengan keperluan
industri serta pasaran semasa.

• Aktiviti perindustrian kini adalah berteraskan teknologi tinggi, maka adalah perlu bagi
pihak kerajaan atau swasta yang terlibat dengan pendidikan teknik and vokasional ini
untuk membuat perancangan yang teliti dan komprehensif bagi mewujudkan suatu sistem
pendidikan yang baik

• Tumpuan pembangunan sesebuah negara maju kini adalah lebih ke arah perindustrian
dan pembuatan seperti :
 Jermen
 Rusia
 Amerika
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN (TVET)
DI JERMAN
• Falsafah pendidikan TVET dianggap satu kekuatan utama pendidikan di
Jerman

• Sebanyak 60 – 70 % daripada pelajar (lebih daripada 1.6 juta) memasuki


sekolah vokasional.

• Latihan ini menyediakan banyak program latihan merangkumi hampir


340 pekerjaan dan sangat popular dalam kalangan lepasan sekolah di
Jerman.

• Sistem latihan ini berjaya dengan kadar penggangguran siswazah dalam


tempoh setahun selepas tamat pengajian adalah rendah iaitu 3 %.
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN (TVET)
DI JERMAN
• Sistem latihan perantis dikenalkan dimana pelajar dilatih dalam bidang
pekerjaan dan mendapat pendidikan teori di sekolah vokasional.

• Pelajar terlibat dalam pekerjaan bergaji serta menerima latihan yang diiktiraf
selaras dengan keperluan pasaran pekerjaan, menghasilkan tahap
penggangguran yang rendah.

• Peratus pekerja tidak mahir dan penggangguran dalam kalangan belia di Jerman
adalah rendah. Sektor swasta menyediakan lebih kurang 80% pembiayaan dan
sektor awam terlibat dalam pembiayaan dan penyampaian TVET.

• Sektor awam menyediakan pembiayaan dan penyampaian TVET,


penambahbaikan kurikulum latihan, pindaan peraturan latihan, khidmat nasihat
dan penyeliaan latihan serta urusan pentadbiran peperiksaan.
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN (TVET)
DI RUSIA
• Permintaan terhadap keperluan manusia tinggi menyebabkan keperluan
terhadap sistem pendidikan vokasional semakin mendapat permintaan di
Rusia.

• Rusia membentuk model pendidikan vokasional sebagai sistem interaksi


antara negara, pekerja dan perniagaan.

• Terdapat beberapa peranan telah dimainkan Rusia :


 Penyelidikan dalam pendidikan vokasional,
 Merangka standard untuk pendidikan vokasional,
 Mengenalpasti persamaan antara diploma pendidikan vokasional di negara
luar dengan Rusia.
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN (TVET)
DI RUSIA
• Sistem falsafah pendidikan vokasional yang baru turut digubal Rusia iaitu
pendidikan vokasional dibahagikan kepada beberapa bahagian

• Bahagian pendidikan vokasional yang terlibat iaitu :

 Pendidikan vokasional rendah,


 Pendidikan vokasional menengah,
 Pendidikan vokasional tinggi,
 Pendidikan vokasional lepasan ijazah dan
 Pendidikan vokasional tambahan/khas.
IMPAK FALSAFAH PENDIDIKAN (TVET)
DI AMERIKA
• Amerika memperkenalkan 8 Model Integrasi Pendidikan Akademik dan
vokasional sebagai penaiktaraf pendidikan TVET

Kelompok kerjaya Memperbanyakan isi


Penyelarasan kurikulum
(occupational cluster) kandungan akademik ke
dalam kursus- kursus
vokasional
Sekolah magnet dan
sekolah tinggi Model Integrasi
Pendidikan Penyatuan guru-guru
(occupational high school)
Akademik vokasional dan akademik

Integrasi melalui projek Mengaitkan kurikulum


tahun akhir ( senior akademik dengan alam
project) Model akademik vokasional
PENUTUP
• Proses pembangunan insan dan negara telah mengalami perubahan demi
perubahan mengikut zaman dalam usaha untuk memartabatkan sistem pendidikan
sebagai agen ke arah pembangunan masyarakat.

• Oleh itu, pendidikan yang berorientasikan falasafah untuk melahirkan insan yang
berjiwa besar dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan
menentukan hala tuju pembangunan negara di masa hadapan.

• Justeru, di dalam menguruskan pembangunan insan untuk membentuk masyarakat


madani bagi kelangsungan sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang,
kita seharusnya bangkit dari mimpi indah dan sedar bahawa sudah tiada masa
untuk kita terus beretorika, bertegang leher dan berkering tekak memperdebatkan
sesuatu isu tanpa pengaplikasian resolusi untuk menjadi realiti.
Q&A
&
THANK YOU

You might also like