You are on page 1of 5

KEBAIKAN DAN

KEBURUKAN INTERNET
KEBAIKAN
 Antara kebaikan Internet adalah maklumat begitu
 mudah dan cepat disalurkan untuk digunakan dalam
 pelbagai urusan, seperti dalam bidang penyelidikan dan
 pengumpulan data. Selain itu komunikasi antara negara
 di dunia menjadi semakin mudah dan ringkas dengan
 wujudnya e-mel dan ‘chat’, di mana kos perhubungan begitu
 murah jika dibandingkan dengan penggunaan telefon dan
 juga begitu cepat jika kita membuat perbandingan dengan
 penghantaran surat biasa melalui pos.
kebaikan
 Masyarakat perlu sedar Internet bertujuan
 mempermudah urusan dan untuk memperkaya ilmu,
 serta menjadi medan pertukaran pendapat dan idea.
 Akan tetapi, pengaruh budaya luar, terutama dari barat,
 telah merosakkan minda masyarakat kita, yang selama ini
 terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan
 santun. Kita perlu ingat, dalam mengejar arus globalisasi
 yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri
 seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu
 menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.
 Sebagai rakyat Malaysia yang bijak, kita hendaklah cuba
 mewujudkan satu budaya Internet yang sihat dalam usaha
 kita memperlengkapkan diri sebagai seorang yang berilmu
 dan berpengetahuan. Ini membolehkan kita terus bersaing
 dalam dunia yang dikuasai dan dimonopoli oleh pelbagai
 teknologi terkini yang menggerak pembangunan dan
 kemajuan sesebuah negara
KEBURUKAN
 Antara penyalahgunaan Internet pula ialah Internet
 digunakan untuk melayari laman-laman web lucah
dan
 tidak berfaedah. Pembaziran waktu bekerja kerana
 sering berada di ‘chat room’ untuk berbual sesama
rakan.
 Kemudahan yang ada membolehkan pelbagai jenis
laman
 web baru ditubuhkan untuk tujuan tidak sihat,
seperti
KEBURUKAN
 Kalau komputer boleh diibaratkan sebagai sebilah
 pisau, ia boleh memotong dan juga membunuh. Kita
 khuatir terhadap kecenderungan sesetengah golongan
 masyarakat terutama belia yang membuang masa di
 depan komputer dan tidak memanfaatkan maklumat yang
 boleh ditimba. Ada belia yang duduk sepanjang hari di
 depan komputer untuk melayari talian ‘chat’, pornografi ,
 dan permainan video.

You might also like