You are on page 1of 13

Oleh: Devaranjini Satiwill Kamatchi Perumal Parimala Kaliappan Kalaimani Ramakrishnan

AVERSI KIMIA
- digunakan untuk kaunseli yang terjebak dalam masalah minuman keras yang berlebihan. - kaunseli disuruh minum arak yang dicampurkan dengan bahan-bahan kimia yang tertentu. - apabila meminum arak, ia akan muntah, merasa loya tekak dan tidak sihat. - oleh kerana akibat meminum arak begitu buruk, ia akhirnya tidak lagi mahu minum.

KEJUTAN ELEKTRIK
- digunakan untuk kaunseli yang cuba melakukan
tingkah laku yang patut dielakkannya. - setiap kali ia cuba melakukan tingkah laku yang sepatutnya dielakkan itu, ia akan mengalami kejutan elektrik.

PENDERIAAN TAK NYATA


- digunakan untuk kaunseli yang terjebak dalam penyelewengan yang berkaitan dengan seks. - kaunseli akan disuruh membayangkan tingkah lakunya yang menyeleweng di dalam sesuatu situasi. - seterusnya ia juga akan disuruh untuk membayangkan akibat negatif yang mungkin, bagi menimbulkan rasa bersalah dan takut serta menyesal.

TIME OUT
- digunakan di dalam bilik darjah, dimana kanak-kanak yang berkelakuan tidak senonoh diasingkan dari muridmurid lain. - di dalam keadaan terasing itu, ia tidak lagi berupaya untuk melakukan sesuatu tingkah laku yang boleh mendapat perhatian dari orang lain.

PEMBETULAN LAMPAU
- digunakan untuk mengatasi tunjuk perasaan oleh kanak-kanak, dua tindakan biasanya dilakukan. - pertama, ia akan disuruh membetulkan semula keadaan lintang pukang yang disebabkannya. - kedua, ia akan juga dikenakan denda dengan mengerjakan sesuatu yang lain.

KOS TINDAK BALAS


- satu teknik mendenda seseorang kaunseli yang bertindak dengan cara yang tidak sesuai. - denda mengambil bentuk menafikan peneguhan positif kepadanya. - terapi in hanya berjaya mengatasi masalah tingakah laku bagi jangka masa yang pendek sahaja.

EKONOMI TOKEN
- digunakan bagi menghapuskan sesuatu tingkag laku yang tidak diingini, dan mewujudkan sesuatu tingkah laku yang diingini. - ia digunakan apabila peneguhan-peneguhan sosial tidak lagi berjaya mencapai objektifnya. - setiap kali tingkah laku yang diingini itu dilakukan, kaunseli akan mendapat token dan apabila cukup bilangannya bolehlah ia menukar token-token ini dengan apa yang diingininya.

T CONTOH ATAU MODEL


- merujuk kepada tingkah laku yang dilakukan melalui tiruan atau mencontohi model. - model tersebut boleh terdiri daripada model hidup (live model) ataupun model lambang (symbolic model).

LATIHAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN


LATIHAN ASERTIF
- digunakan untuk mengajar kaunseli kemahiran-kemahiran
sosial seperti bagaimana berkawan, bagaimana berinteraksi secara berkesan dengan rakan-rakan sejawat atau ketua-ketua. - diberikan kepada kaunseli yang merasa bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk menyatakan buah fikiran dan perasaan mereka. - tetapi, ia tidaklah melatih individu untuk bersikap dan bertindak secara agresif sambil mengabaikan perasaan orang lain.

TINGKAH LAKU ARAHAN KENDIRI


- digunakan untuk individu yang boleh mengurus dan mengarahkan diri mereka bagi mencapai matlamat tertentu. - kadang-kadang mereka tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi bagi mencapai matlamat yang ditujui. - Watson dan Thorp (1981) mengesyorkan empat langkah bagi membantu mereka : 1) memilih matlamat 2) matlamat dihuraikakn dengan jelas dari segi tingkahlaku. 3) pengawasan sendiri 4) menyediakan rancangan tindakan untuk mencapai matlamat.

KESIMPULAN DAN PENILAIAN


- terapi ini memberi penekanan kepada pengukuran, penilaian dan penyelidikan dimana ia memberi kita kesempatan menilai kemajuan atau kemunduran di dalam usaha-usaha kita. - terapi ini mempunyai banyak teknik, tatacara dan strategi yang mampu merawati aneka jenis masalah yang dihadapi oleh kaunseli.

TERIMA KASIH

Daripada : kumpulan 2

You might also like